Saturday, May 7, 2011
Ummu Aiman
Td time ak tgh on fb tiba2, chat group Puteri2 Gen11 pop up.
Kawan2, mari sama kita doakan semoga Ummu cepat sembuh dengan izin Allah. Amin.
Thursday, April 7, 2011
Hidup aku yg makin bz



Wednesday, February 9, 2011
ADOLF HITLER
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini…
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?“
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds.
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) Yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku“
3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?“
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.
Tuesday, January 11, 2011
more~
5588 :actually aku knal dye mse kt mtrik dlu.. slalu lepak bilik depan n yg pasti dye sgt suke mkn CILI!!!..hahahaha~
5588
5588 : dye ni dulu org kata, iras2 aku. tp sumpah x. dye lg hot skrg. dye sgt sensitif but easy going person. sgt xsuke komitmen,klu nk jd pakwe dye jgn hrpla.. boros bila ade duit but kaki jalan (suke travel la)..dh knl dye almost four years,ak mmg pntg tgk bilik dye bersepah. dgn rajennye ak akn kemaskan tnpa disuruh. overall, dia mmg xboleh dok diam.
5588: woww! susah la nak describe kau. sebab nye kau sgt best utk dikawani, disayangi dan dibulii. tp slalu nye kau yg pembuli! Tapi!..kau baik.. sangggat baik.. selalu tolong org. kalau bukak kaunter, sah line pjg gile kalah mekdi. gadoh ngan kau is the worst nitemare. kau kena hafal dlm hati yg aku slalu syg kau. okay?
5588 : budak ni gila! even aku tak main mnde2 cmni pon die still nk paksa aku buat utk die. cis! kuat makan kuat tido. ada hati nk bela ikan. wpon tau ikan tu akan mati dlm masa 18jam dari sekarang. hahaha ;DDD
5588:dy ni comel....sgt kuat mkn....hehehehe....best klu bwk dy g jln2 smbl mkn....

Saturday, January 1, 2011
Gudbye 2010,..Hello 2011
Tahun 2011 da muncul, pasti masing2 dah pasang azam baru , biasa la tu. taun baru la katakan, mestila kena ada azam baru. Tu la kebiasaan manusia2 akan buat. Asal taun baru je azam baru, padahal azam2 taun lepas xbuat pn. Rasulullah bersabda, "jadikan harini lebih baik dari semalam, dan jadikan besok lebih baik dari hari ni". So, sepatutnye tiap hari kita kena memperbaiki diri kita, x perlu nk tunggu taun baru baru nk azam mcm2. Tp, pada pendapat ak la, why not jadikan taun baru sebagai titik tolak untuk membuat perubahan yang besar.
So, 2010 memberi sejuta memori suka, duka, pedih, tawa. Yang lepas biar lepas, jdkan pengajaran utuk masa2 yang akan datang. Mmg bayak benda berlaku taun 2010, yg plg sedih adalah time bln 6, abah sakit. Impak plg besar dalam family aku. Dan sbb abah sakit, now dia x keje lg, pencen sudah. Secara tidak langsung, perbelanjaan sume kne kurangkan. Ape2 pn, semoga abah cepat sembuh.
Ha...ak kat cc & lampu da kne tutup, maksudnye dia da soh ak balik..sigh..daa~