Followers

Thursday, July 30, 2009

Tak Perlu Mencari Keredhaan Manusia

Umat Islam sekarang ini terutamanya sebahagian orang Melayu (35%) masih lagi tidak dapat membezakan antara yang haq dan yang bathil, masih lagi terumbang ambing antara budi dan syri’at agama yang di perintahkan oleh Tuhan semesta alam, ALlah s.w.t. Memang benar apa yang dikatakan, bahawa orang Melayu adalah satu kaum yang bersopan santun dan mengenang budi. Mereka akan mengingati budi seseorang keatas dirinya sampai bila-bila.
Tidak dapat dinafikan, sikap membalas budi adalah sesuatu sikap yang mulia dan dianjurkan oleh Islam sendiri. Jika kita lihat sirah Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w sering berbuat baik kepada ibu susunya, Halimatus Sa’adiah, kerana mengenangkan jasanya yang semenjak dari kecil menjaga Baginda s.a.w. Baginda juga melakukan perkara yang sama kepada bapa saudaranya iaitu Abu Tolib walaupun bapa saudaranya itu kafir hingga ke akhir hayat. Tetapi setakat manakah budi seseorang yang patut kita balas ?, kita menyedari memang negara kita sekarang boleh di katakan adalah sebuah negara yang membangun, banyak infrastruktur-infrastruktur pembangunan yang memudahkan kehidupan rakyat. Tetapi pembangunan dan kekayaan bukanlah suatu masalah pokok bagi umat Islam, tetapi apa yang menjadi masalah sekarang ini, umat Islam sudah lari jauh daripada dasar-dasar agama mreka sendiri. Kalau pembangunan dan kekayaanlah yang menjadi masalah pokok, maka Baginda s.a.w tidak perlulah bersusah payah berjuang seorang diri sehingga menggadaikan nyawa sendiri tetapi hanya perlu menurut dan menerima tawaran daripada kaum kafir Quraisy yang menawarkan harta benda, pangkat, darjat dan wanita.
Adakah umat Melayu yang mengaku dirinya sebagai orang Islam masih lagi tidak mahu menyedarkan diri sendiri, walaupun agama yang mereka anuti dicaci dan diperkecil-kecilkan. Sebahagian orang-orang penting dalam kepimpinan kerajaan yang berbangsa Melayu dan di katakan beragama Islam sudah berani menghina agamanya dan Baginda s.a.w. mereka menyatakan bahawa perundangan Islam adalah kolot dan tidak sesuai di negara kita. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka telah memperkecilkan sifat ALlah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui dan menafikan sifat Islam itu sendiri iaitu syumul, merangkumi seluruh aspek kehidupan dan sesuai tidak kira masa , tempat, zaman atau keadaan. Jika kita merujuk sebuah kitab yang dikarang oleh seorang ulama’ yang terkenal, iaitu Sai’id Hawa, ‘Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah’. Beliau menyata salah satu perkara yang boleh membatalkan syahadah seseorang ialah ‘mengingkari hukum Allah’. Manakala, jika kita merujuk kepada fatwa mufti Arab Saudi, beliau menyatakan batallah syahadah seseorang jika dia berkeyakinan bahawa aturan Islam tidak tepat atau tidak sesuai diterapkan pada abad kedua puluh ini. Hendaklah di ingat, sejak awal lagi ALlah telah memberi amaran kepada mereka yang meragui sifat-Nya, seperti di dalam firman-Nya “Tetapi mereka bermain-main dalam keragu-raguan. Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata (seksaan).”Surah ad-Dukhan: 9-10.
Selain itu mereka juga telah sanggup menghina dan mencaci nabi akhir zaman, Nabi Muhammad s.a.w, dengan menghina sifat-sifat Baginda s.a.w seperti janggut dan serbannya, dan juga menghina isteri-isteri Baginda s.a.w, Ummul Mukminin. Ini juga telah dinyatakan di dalam kitab karangan Sa’id Hawa, ‘menghina Baginda s.a.w’ boleh menyebabkan syahadah seseorang itu akan gugur dengan sendirinya. Apakah yang anda faham tentang gugurnya syahadah? Adakah ini suatu perkara yang boleh di buat main? Adakah dalam perasaan kita sudah tiada lagi perasaan cinta dan kasihkan Islam dan Baginda s.a.w ?. Tidak seperti para sahabat yang sanggup menggadaikan nyawa mereka sendiri seperti sanggup menjadikan tubuh badan mereka sebagai perisai untuk mengelakkan Baginda s.a.w daripada terkena anak panah, ini semua dilakukan semata-mata untuk mempertahankan Islam dan manusia yang paling mereka cintai, Nabi Muhammad s.a.w. Hendaklah di ingat orang-orang seperti ini sejak awal lagi Baginda s.a.w tidak mengaku umat, berdasarkan hadis yang lebih kurang maksudnya “ Barangsiapa tidak suka pada sunnah kelakuanku, dia bukanlah dari kalangan umatku “.
Tetapi sebahagian umat Melayu yang beragama Islam masih lagi sanggup menjadikan orang-orang seperti ini sebagai pemimpin yang akan menguruskan kepentingan agama dan rakyat. Kita mestilah merujuk kepada ayat ALlah yang lebih kurang maksudnya “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan …….” Surah al-Maidah: 57. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W sendiri juga telah memberi amaran bahawa antara tanda-tanda qiamat ialah apabila amanah pemerintahan diberi kepada mereka yang jahil dan bukan ahlinya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam sohihnya : Seorang arab desa telah datang menemui Rasulullah s.a.w lalu bertanya : Bilakah qiamat? Baginda s.a.w menjawab dengan maksud : Maka apabila telah dirosakkan amanah maka tunggulah qiamat. Dia bertanya lagi : Bagaimanakah merosakkan amanah itu? Sabda baginda : Apabila diserahkan urusan (pemerintahan) kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah qiamat. Begitu juga dengan hadis riwayat imam Ahmad, Tobarani, Ibnu Majah dan Hakim daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang berlaku pelbagai penipuan di mana dibenarkan padanya pendusta dan didustakan padanya orang benar. Dan diberi kepercayaan padanya pengkhianat dan dikhianati padanya orang yang jujur dan bercakap padanya ‘Ruwaibdoh’. Mereka(para sahabat) bertanya : Dan apakah Ruwaibdoh? Jawabnya : Seorang lelaki yang bodoh bercakap dalam urusan umum(rakyat). Amaran Rasulullah s.a.w ini sedang berleluasa termasuk di negara kita Malaysia tercinta. Adakah kita masih boleh berdiam diri apabila melihat perkara ini terus bermaharajalela? Adakah kita rela untuk terus berada di bawah pemerintahan mereka yang bukan ahlinya dan bodoh dalam masalah agama?.
Mungkin umat Melayu masih lagi teringatkan jasa-jasa yang di tabur oleh orang-orang seperti ini suatu masa dahulu. Kita boleh mengambil contoh dari kisah Nabi Musa a.s, baginda adalah salah seorang daripada nabi Ulul ‘azmi. Semenjak dari kecil lagi baginda telah dijaga, diberi perlindungan, dididik dan diasuh oleh Firaun. Sungguh besar jasa Firaun kepada Nabi Musa a.s. Tetapi, apabila sudah dewasa, baginda telah diberikan tugas yang amat besar oleh ALlah s.w.t iaitu sebagai pesuruh-Nya. Dengan tugas yang telah diberikan oleh Pencipta Semesta Alam dan dengan semangat untuk menegakkan kebenaran dan kalimah tauhid, baginda telah menyatakan kebenaran dan melawan Firaun iaitu bapa angkatnya sendiri walaupun baginda mengetahui bapa angkatnya itu banyak jasa kepadanya. Adakah ini kita boleh simpulkan bahawa Nabi Musa a.s adalah seorang yang tidak mengenang budi ?.
Selain itu, kita juga boleh mengambil contoh dari kisah Ashabul Ukhdud (Penggali Parit). Kisah ini menceritakan seorang pelajar ilmu sihir yang ditanggung dan diberi biasiswa pembelajaran dan sara hidupnya oleh pemerintah pada waktu itu. Tetapi pada suatu hari beliau telah bertemu seorang rahib yang membawa ajaran Nabi Isa a.s (kitab Injil) iaitu ilmu wahyu dari ALlah s.w.t dan telah terpikat dengan ilmu-ilmu yang disampaikan oleh rahib tersebut. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mengikuti ajaran yang di bawa oleh rahib itu kerana kebenaran ilmu tersebut berbanding dengan ilmu sihir. Pada suatu hari, beliau telah memberanikan diri berdepan dengan pemerintah yang pada waktu itu mengaku dirinya sebagai tuhan untuk menyatakan kebenaran apabila beliau ditekan dan gurunya dibunuh. Walaupun beliau menyedari bahawa pihak pemerintah telah banyak berjasa dan memberi banyak peruntukan kepadanya selama ini. Akhirnya beliau telah dibunuh oleh pemerintah yang zalim itu dengan menggunakan panah. Kisah ini telah di rakam di dalam Al-Quran iaitu surah al-Buruj. Dan dikatakan di zaman Saidina Umar menjadi Amirul Mukminin, jasad ghulam (pemuda/budak) tersebut telah ditemui dan jasadnya tidak terjejas sedikit pun, walaupun sudah beratus tahun dimamah usia, tangannya juga masih memegang busur yang melekat di kepalanya. Ini membuktikan beliau adalah syahid.
Adakah mereka berdua ini, manusia yang tidak, mengenang budi ?, adakah kita mahu katakan bahawa seorang nabi Ulul ‘Azmi dan seorang manusia yang telah terbukti kesyahidannya adalah manusia yang tidak mengenang budi, bahkan merekalah manusia yang mengenang budi. Hendaklah di ingat bahawa budi ALlah kepada hambanya adalah lebih besar daripada budi hamba kepada hamba (sesama manusia). Dan kita tidaklah boleh berdiam diri apabila kemungkaran berlaku didepan mata kita. Malahan Mohammad Salam Madkur (Prof.Dr.) iaitu seorang pensyarah merangkap Ketua Jabatan Syari’ah di Universiti Kaherah dan seorang pakar rujuk Ensiklopedia Fiqh al-Islami pernah menyatakan di dalam kitabnya Ma’lim al-Da’wah al-Islamiyyah, ‘Diam ke atas pemimpin yang zalim adalah membantu kepada kezaliman’.
Maka sedarlah wahai umat Melayu, jika engkau menyayangi pemimpinmu bukan ini caranya, bukan terus menyokong kezaliman yang di lakukannya. Kerana ALlah pernah berfirman yang lebih kurang maksudnya, “Dan janganlah kamu cenderung (sokong) kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu dijilat api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada ALlah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan”. Surah Hud: 113. Selain itu, Rasulullah juga pernah bersabda yang lebih kurang maksudnya, “Kamu hendaklak membantu mereka yang di zalimi dan yang melakukan zalim.” Para sahabat kehairanan dan bertanya kepada Baginda s.a.w “kami mengetahui bagaimana untuk membantu orang yang dizalimi, tetapi bagaimanakah kami ingin membantu orang yang melakukan zalim ya Rasulullah?.” Baginda s.a.w menjawab “iaitu dengan menghalangnya dari melakukan kezaliman”.
Melalui sumber- sumber ini, jelaslah bahawa kita dilarang keras oleh ALlah s.w.t dari bersubahat dalam masalah kezaliman, kerana kita juga akan dihumbankan ke dalam neraka seperti mereka yang berbuat zalim, kerana ada sebuah kisah di Mesir pada suatu masa dahulu. Disebabkan pemerintah pada waktu itu adalah pemerintah yang zalim, semua kedai jahit di seluruh Mesir tidak mahu mengambil upah menjahit baju pemimpin itu kerana bimbang akan bersubahat dengan pemimpin tersebut dalam melakukan kezaliman. Dalam konteks ini zalim bukan sahaja kita lihat dari sudut membunuh sahaja, tetapi ia juga dari sudut tidak melaksanakan sepenuhnya hukum di dalam al-Quran dan as-Sunnah. “…dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh ALlah, maka mereka itulah orang yang zalim.” Surah al-Maidah: 45. Dan kita hendaklah membetulkan pemerintahan ini dari terus melakukan perkara yang bercanggah dengan suruhan ALlah s.w.t dengan menggunakan saluran yang paling sesuai dan aman, seperti di Malaysia ini, saluran yang paling sesuai sekali adalah melalui pilihanraya. Tetapi apabila mereka tidak mendirikan sembahyang dan menghina Islam secara terang-terangan, hendaklah dibunuh ia.
Dengan ini, sebelum kita dipanggil pulang oleh ALlah Taala, marilah sama-sama kita menghisab diri kita, muhasabah diri kita. Apakah selama ini kita berada di jalan yang lurus. Dalam al-Fatihah kita selalu baca “ Ih dinas sirootol Mustaqim”, “ Tunjukkanlah kami jalan yang lurus “ , mengapa jasad kita tidak lakukan sedemikian. Oleh itu marilah sama-sama kita berdoa agar semua umat Melayu dan Islam di negara ini akan diberikan petunjuk dan hidayah Allah agar kembali kepada jalan-jalan kebenaran iaitu jalan orang-orang yang telah mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, bukan jalan-jalan orang-orang yang sesat seperti yang diceritakan dalam ayat Fatihah. Maka janganlah kita berlengah lagi wahai umat Melayu, marilah kita kembali semula kedalam ajaran ALlah s.w.t iaitu Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah yang tiada keraguan keatasnya “Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” Surah al-Baqarah: 2, supaya dapat mengelakkan diri kita dari dimurkai dan dihumban kedalam neraka oleh ALlah yang Maha Berkuasa. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment