Followers

Sunday, January 15, 2012

Mengenal Personaliti Melalui Gaya Tidur


Disebabkan sejak dua menjak ni aku asyik ternampak orang dok share gambar ni, so ak pn nk share la kat sini. Tau x, kita boleh kenal personaliti seseorang melalui gaya tidur. Sebelum tu, pilih dulu gaya tidur anda =)

1. Menelentang dengan kaki dan tangan terbuka luas
  • Sukakan kebebasan
  • Seorang kekasih yang menyenangkan hati
  • Boros, tetapi bernasib baik kerana berpendapatan yang lumayan
  • Suka menjaga tepi kain orang dan seronok bergosip.
2. Menelentang dan bersilang kaki
  • Suka memikirkan tentang diriny
  • Sukar menerima perubahan
  • Suka bersendirian. Seorang yang boleh bertolak ansur
3. Menelentang dengan kedua-dua belah tangan diletak di bawah kepala
  • Mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi
  • Mempunyai idea yang pelik sehingga menyukarkan orang lain mengikutinya
  • Bertanggungjawab dalam keluarga
  • Sukar jatuh cinta - pemilih
4. Tidur meniarap dan kedua-dua belah tangan di angkat dan bengkok sedikit
  • Seorang yang tidak berfikiran terbuka
  • Tidak memperdulikan orang lain
  • Memastikan orang lain menurut kehendak diri
  • Tidak berhati-hati dan kurang teratur
5. Tidur dengan cara sisi
  • Seorang yang berkeyakinan
  • Setiap apa yang dilakukan pasti kejayaan yang diperolehi
  • Mereka ini dipercayai akan dikurniakan kuasa dan tuah
6. Sisi dan badan Merengkok
  • Seorang yang pentingkan diri sendiri
  • Cemburu dan pendendam
  • Mereka yang berada disekeliling anda haruslah berhati-hati kerana anda seorang yang pemarah
7. Sisi, lutut sedikit bengkok dan sebelah tangan di atas tubuh
  • Seorang yang lembut, ikhlas, penyayang dan berbudi bahasa
  • Ada baiknya, anda belajar meningkatkan keyakinan diri dan menerima kesilapan atau sesuatu yang mungkin kurang sempurna.
  • Kebahagian tetap muncul dalam perjalanan hidup anda.
8. Sebelah sisi dengan lutut membengkok
  •  Anda digambarkan sebagai seorang yang cerewet dan selalu merungut.
  • Cepat emuruh, mudah tertekan, teruja walau hanya perkara-perkara kecil.
  • Anda perlu belajar relaks
9. Tidur seolah-olah dalam keadaan mendakap
  • Berada dalam keadaan kesunyian dan kemurungan disebabkan kegagalan masa lampau dan masalah yang dihadapi
  • Seorang yang ragu-ragu dan sukar membuat keputusan
  • Ramai orang yang berpandangan bahawa anda hilang kasih sayang dalam kehidupan
10. Berselubung didalam selimut
  • Jangan terkejut kalau dikatakan anda hanya kelihatan macho ketika berada di tempat awam, tetapi hakikatnya anda seorang yang pemalu dan lemah
  • Anda juga menyimpan banyak rahsia 
  • Tetapi jika berdepan dengan masalah, anda hanya memendam dan menderita sendirian tanpa mendapatkan nasihat atau bantuan sesiapa
  • Wajah anda sering berkerut ketika tidur.
Haha, ak tau ni pn sebab ak selalu ikut mak ak pegi ceramah, ni termasuk dlm slot motivasi dia. Bayak lagi, lain kali je ak share. Muah!

No comments:

Post a Comment